Friday 28 June 2013

Beijing, China Part 3

assalamualaikum.. jumpa lagi untuk beijing part 3...Okey hari ni kami melawat Pearl Centre bertempat di Stadiun of National Olympic Sport Centre. Di situ kami berpeluang tgk mutiara asli dari tiramnya.. Antara hasil2 mutira kat situ.. Serbuk mutiara digunakan untuk tujuan kecantikan wajah dan kulit, selain tu rantai, gelang, cincin dan kerongsang.
Mari2 pilih2...

Pearl Asli...

tempat nak pi perl center
Selepas tu kami dibawa ke tempat Perubatan Tradisional. Disitu kami diberi peluang untuk rendam kaki dalam air panas yang ada seuncang herba untuk proses nyahtoksin katenyer... Lepas tu ade urutan kaki.. Tukang urut kat situ muda2 lagi.. Mcm bdk sek menengah.. Kebiasaannya kat situ kate nyer yang lelaki akan urut perempuan dan perempuan akan urut kaki.. Aku bekeras nak perempuan jugak tukang urut kaki aku.. Lepastu semasa kene urut tu adalah tabib n juru bahasa pegi dari seorang ke seorang... Die terangkan kite ade sakit ape.. die tgk tangan jer... pastu die akan rekemen ubat yang dijual kat situ ( part ni nasib aku x kene) hehe.. ubat kat situ bukan murah2 tau mahal okey.. die akan pujuk dan pujuk dan pujuk org tu supaya beli ubat2 tu.. 
depan pusat perubatan tradisional

rendam kaki kasi kuar toksin
Selepas tu pula kami dibawa makan tengahari lepas makan tengahari kami solat di masjid hijau ni
Salah subuah masjid di China
Selepas tu kami di bawa ke kedai kain sutera dan kedai yang menjual barang2 yang dibuat daripada buluh..Buluh atau dalam bahasa inggeris Bamboo ok.. Hasil daripada bamboo tu baju, tuala, ubat gigi.. macam macam laa.. Die kate bamboo lebih menyerap daripada kapas siap wat demo lagi.. lepas tu kami dibawa ke tempat shopping lupa plak name tempat tu... Sebab ahli2 rombongan aku da xsbar2 nak shopping.. Kami diberi mase 1 jam jer... macam macam ade jual gajet2 (handset, iphone, tab..), pakaian, cenderahati dan lain2 lain .. kat tempat tu yang murah ialah lapik meja, sarung kusyen, runner meja. Lepas tu kami pi akrobatik show... haaa part ni paling best dapat tgk akrobatik show secara live maaa... Banyak persembahan yang dapat kita tgk... Antaranya lompat gelung, akrobatik motor, basikal, yoyo cina dan lain-lain.. Sangat kagum dengan kebolehan mereka... hehe
ready tu acrobatic show yeahh

inro
Lepas tgk akrobatik kami pun balikkk waaa penat nyer... ok jumpa lagi for d last part nanti daaax

No comments:

Post a Comment