Monday 29 August 2011

esok rayer..

Assalamualaikum...
Setelah mendengar pengumuman kat tv oleh penyimpan mohor besar Raja-Raja jadi konfirm esok rayer... Berakhirlah bulan ramadhan untuk tahun ini, di harap dapat bertemu kembali dengan Ramadhan yang akan datang.. Amin..

Persiapan rayer untuk ari ni ialah aktiviti masak-masak kat dapur, sebelum tu pagi tadi aku gi pasar awam, orang ramai sibuk membeli barang-barang keperluan untuk masak juadah rayer. Aku ulang-alik ke kereta 2 kali, memandangkan tangan aku xmuat n aku xlarat. huhu.Balik jer sediakan bahan-bahan untuk masak, menu rayer untuk esok: rendang ayam, kuah kacang kerang, kuah lodeh, bergedil n serunding kelapa.

Rendang ayam dan serunding kelapa da siap. Bergedil tinggal goreng jer.. Kuah kacang kerang blum lagi... nak rest jap, sempat lagi aku nak berbloging huhu...

Kesempatan ini, aku nak mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN atas segala khilaf yang ada, terkasar bahasa ke, terlebih gurau ke, tersilap tingkahlaku ke, halalkan segala makan dan minum ..

P/s: Dalam kita bergembira jgn lupa pada yang susah dan sudah tiada...

Saturday 27 August 2011

Istikharah Cinta

Jom layan lagu ni jap... td jln2 kat youtube jumpe lagu ni... hehe




Lusa da nak rayer..

Assalamualaikum... Apa kabar kalian? mcm mana persedian nak rayer? da settle sumer? aku.. biase2 jer.. Lusa da nak rayer laa, betul ke nih? mcm x cayer jer.. huhu.. Feel raya x mcm dulu2, mcm xder perasaan pn ada. Dulu-dulu mase kecik2 sgt excited nak rayer, almaklumla dapat duit rayer.. haha.. tahun ni kene bagi duit rayer plak kat org, almaklumla da keje.. Peluang untuk bersedekah kpd anak2 kecil plak. Yang da keje jgn nak bodek duit raya tau... haha..

Cerita pasal kuih raye.. Aku cume sempat wat satu jenis jer.. CORNFLAKES MADU menu wajib yang setiap tahun aku wat... Sebab senang jer, bdk kecik pn pandai buat. Yang lain2 aku x sempat wat, aku cume sempat beli jer.. ngeee~

Kalu nk try biskut tu ley la wat sendiri...
BAhan-bahan
-4 cwn cornflakes
-1/4 cwn madu
-1/4 cwn majerin
-1 sudu besar gula
-cawan kertas

Cara-cara:
-masukkan madu+ majerin n gula dalam kuali.
-masak atas api, gaul hingga cair dan likat.
-matikan api, then masuk cornflakes n gaul  rata
-masukkan cornflakes dlm cawan kertas kecik2
-then bakar...
-lepas kuar dari oven sejuk an jap then simpan dlm bekas kedap udara

siap :)

Saturday 20 August 2011

Da Nak Raya La

Dam dam dum bunyi mercun... setiap malam ada jer bdk2 n bapak bdk main kat area taman aku, kdg sedang tgk tv, opocott terkejut mak!! huhu, sabar2 hehe.. time2 ni la nak main mercun n bunga api.. xpe2 kasi peluang pada mereka.

Diam x diam huish da 20 ramadhan laa.. kejap nyer masa berlalu.. aku raser baru jer mula puasa ari tu, da nak abis da.. huhu.. pastu da nak rayerrr..Bercerita pasal persedian rayer setakat nih, xder la sakan mana, bsederhana, baju readymade n mak aku yg wat. ada la 1, 2, 3, 4, and 5, beli baju tu bukan utk rayer jer, utk keje gak, wat ganti2 memandangkan aku da lama xbeli baju baru hehe... Tahun ni mak aku kata pakai langsir lama jer.. So jimat. Kuih raya plak, setakat ni x wat lagi.. x sure laa nak wat ke idak.. Dah la aku xorder ape2 kuih pn kat tempat keje aku.(Bulan puasa mmg ramai meniaga kuih raya kat tempat keje aku, tinggal order ape yg bkenan). Jadi beli tunjuk jer la kat ekspo kuih raya... Mak aku kata jgn beli banyak2, nnti xabis.. Tapi xpiki lg nak beli kuih ape, yg penting semperit mesti ada.. haha aku sudah jatuh cinta sama semperit, silap2 pi raya umah org, satu balang semperit aku ngadap, x senonoh betul haha..

p/s: bersederhana dalam berbelanja, jgn over sgt ok?


Friday 12 August 2011

Tiga Kata =)

Like-like dis song very much...
Wo Ai Ni
I love u
Aku cinta padamu
naan unnai khatalikaraen,
saranghaeyo
aishiteru

=)


Syukur

Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang telah memberi peluang diri ku untuk terus menghirup udara yang segar, memberi nikmat kehidupan yang sangat banyak. Kita sebagai manusia kadang-kadang lupa dan alpa. Bila ditimpa musibah atau masalah....Kita selalu mengeluh dan merintih... Sedangkan ada orang yang lebih susah dan payah dari kita...Sedarlah betapa banyak nikmat yang Allah telah limpahkan kepada kita, iman, rezeki, keluarga, kesihatan dan sebagainya sehingga tidak terhitung banyaknyer... Dengan ini mari lah sama-sama kita sentiasa bersyukur.

Mari renungkan bait-bait lagu ni.....
ERTI SYUKUR
By UNIC

Lafazkan kalimah itu
Alhamdulillah...

Segalanya yang ku kecapi
Adalah milikmu ilahi -tuhan maha pemurah-
Tak kan terbalas walaupun sebesar zarah

Kenikmatan yang bertandang
Terkadang tidak dihiraukan - lepas dari pandangan -
Dan bila hilang barulah dikesalkan

Adakalanya aku hanyut
Adakalanya aku terpula
Adakala aku leka
Ampunilah...
Kerana ku manusia
Lemah dan tidak berdaya di sisimu
Seringkali terlupa nikmatmu
Datang tiada jemu
Bila terhimpit mulalah
Mencari dan menyebut namamu
Barulah merasai makna sebenar erti syukur
Syukur atas rahmatmu

Adakala ku hanyut
Adakala ku lupa
Adakala ku leka dan adakala ku alpa
Kerana ku manusia
Lemah dan tak berdaya
Seringkali terlupa nikmat yang kau kurnia
Ku bersyukur ya tuhan
Segala pemberian
Walau luas lautan
Bukanlah perbandingan
Ku tingkat keimanan
Ku gilap ketaqwaan
Sebagai perlambangan
Terima kasih ku tuhan

Onak duri kehidupan
Jatuh bangun sendirian
Ada hikmah yang tersimpan
Yang menguji iman

Bersyukurlah selalu
Sentiasalah redha dan menerima
Tiap ujian tiba bukan diminta
Sebaliknya allah maha mengetahui

Kan ku bertasbih selalu
Bertahmid berzikir padamu
Sebagai tanda ku nilai
Rahmatmu tuhan

Aku bersyukur ya allah
Segala pemberianmu pada ku
Seluas lautan pun bukanlah jadi ukurannya
Memang tiada bandingan
Segalanya yang ku kecapi
Adalah milikmu ilahi -tuhan maha permurah-
Bukan miliku pinjaman sementara
Syukur alhamdulillah

Sesungguhnya solatku,
Amalku, hidupku, matiku
Kerna allah yang satu
Kuserahkan segala harta jiwa dan raga
Sebagai tanda cinta
Kepadamu yang esa

Sunday 7 August 2011

Misi Apam Polkadot



Sekarang ni macam-macam yang ada corak dot-dot. Orang panggil "polkadot", skang tengah glamour fesyen polkadot. Cantik jugak tgk baju kurung polkadot. Tapi bukan nk citer pasal fesyen polkadot. Tapi nak cite pasal apam polkadot.Haha.

Alhamdulillah misi mengapam polkadot berjaya jugak akhirnya. Setelah sekian lama aku mengidam sangat nak memolkadot. Hasilnya tidak menghampakan. Yeye jadi.. sangat chumell apam polkadot, tapi aku nyer apam x comel sgt, sebab kemahiran molkadot ku belum baik lagi... hehe. Aku wat filling rosselle. Aku wat gabungan warna merah, kuning dan putih. Warna bendera selangor tu, almaklumla anak jati selangor la kata kan hehe. Sori xdapat nak tampal gambar apam polkadot aku  sebab gambar dr handset aku xleh transfer, sedey betol.. aku xtau nape.. sob..sob.. hehe so just imagine jela ek, or kalu nak tau apam polkadot tu mcm mana search jer ngan mr.Google ek haa..

Sape-sape nak cube meh la try...
Sumber sini
Bahan-bahan:
  • 3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus
  • 150 ml susu segar@susu cair
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovalette
  • filling ikut citarasa masing, strawbery@coklat@kaya (tapi aku wt roselle)
Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
  3. Masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
  4. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
  5. Letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan
  6. Picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
  7. Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak
selamat mencube :)

Saturday 6 August 2011

Mari beristigfar :)


Mari sama-sama kita beristigfar. Jadikan lah amalan, kita sebagai manusia biasa byk melakukan kesilapan. Mudah-mudahan di ampunkan segala dosa. Amin ...

6 Ramadhan

hari ini hari sabtu, memandangkan sabtu merupakan cuti umum hujung minggu, aku mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung halaman. Biasa lepas subuh jer aku da btolak balik, tapi aku ada tuisyen plak setiap sabtu pagi dari pukul 9 hingga 10 pagi pada bulan Ramadhan jer. So balik lewat sikit lah, its ok yang penting dapat balik. Kena guna masa yang ada ni sementara aku masih bujang untuk meluangkan masa bersama keluarga dihujung minggu. Nanti kalau da kahwin, xdapat nak balik setiap minggu sebab da ada komitmen lain, maybe 2 minggu sekali ke atau sebulan sekali baru dapat balik kampung.Huhu..

Apa menu berbuka arini, biasa2 aje.. Ikan Kembung masak gulai tempoyak, sayur campur, bubur nangka n puding pelangi. Cukup. Kalu banyak2 pening nak makan mana satu. Haha. Perut pun kang akan pening sama. Dulu penah masa sekolah rendah, masa tu bulan puasa, aku buka2 terus minum air oren berkarbonat yang sejuk. Masa tu sangat sedap, then esok nya, aku sakit perut. Sebab dok telan air gas masa buke, haa sape suruh, perut kosong minum air gas, ( jangan tiru yer.. mbahayakan perut..hehe). Esoknya aku xpose sebab kesihatan perutku tak mengizinkan ketika itu. Tahun tu xdapat puase penuh huhu.

P/s : Ketika berbuka disunatkan makan kurma n air kosong terlebih dahulu. :)

Friday 5 August 2011

Keperluan Vs Keinginan

Assalamualaikum... Kabare sume? Refer pada tajuk keperluan vs keinginan, biasanya kita akan melebihkan yang mana? KOnfirm keperluan kan. Tapi kadang-kadang keinginan melebihi keperluan. Contoh kita hanya memerlukan sepasang kasut untuk mengantikan kasut yang telah rosak. Tapi menjadi keinginan buat kita untuk memiliki lebih daripada satu pasang kasut. Bukan apa buat koleksi n buat ganti2, dan juga mengikut trend untuk dipadankan dengan baju yang ingin digayakan.

Sebagai manusia biasa, kita memang ada keinginan kepada sesuatu, tetapi perlu juga melihat budget anda. Seandainya anda mampu, ok apa salahnya.. sila2kan.. hehe.. Asalkan anda berbelanja mgikut budget anda, dan jangan lah untuk memenuhi keinginan kita itu sanggup bergadai dan berhutang.Ni ada panduan skit mcm mane kite nak budget kita punya gaji untuk di agih simpanan n perbelanjaan:
Contoh:


Gaji bersih : rm2000
10% simpanan bulanan: 200
10% simpanan kecemasan:200
40% hutang:800
40% belanja:800


 Huhu, Macam penasihat kewangan lah pulak. huhu.

P/s: Utamakan keperluan dahulu, ada rezeki lebih boleh la ditunaikan keinginan. Hati-hati dalam berbelanja.. :)

Wednesday 3 August 2011

3 Ramadhan

Hari ni da masuk 3 Ramadhan daa, apa menu berbuka untuk ari ni? emm x piki lagi.. nantila tgk ape2 yg berkenan kat hati mase round2 bazar petang nanti. Biasa la duk bujang, serbu bazar ramadahan jer untuk makan berbuka puasa. Jimat masa.. betul tak? Tinggal tunjuk n bayar.. hahaha simple kan. Nak masak da penat, almaklumla sekolah petang.. huhu alasan semata tu name nyer.. masak gak, tapi masak air. haha

Biasa kami pi bazar dalam kul 645 petang. Untuk bulan puasa ni, sekolah balik awal pukul 530 gitu, balik umah dulu rehat2. Kalu nak pi bazar time balik sekolah confirm jalan jem. So malas nak bgelumang ngan jem2 ni. Rimas huhu. Kalu pi lewat sikit ni jalan da lapang skit, pastu balik2 tak tunggu lama pastu buke... Best. Hehe.

Kalu pi bazar ramadhan, kadang-kadang tak tau nak makan ape, round at least 2 kali, then baru decide. Kalu da xder idea tu.. emm asyik2 mkn nasik ayam jer... Pastu selalu x abis. manyak sgt.. huhu membazir2 (jangan tiru macam saya).

P/s: Selalu bersederhana dalam berbuka, jangan tamak dan ikutkan nafsu. Membazir amalan syaitan.