Saturday 22 June 2013

Beijing, China Part 1



Assalamualaikum...

waaa lama tul tak menulis kat sini.. huhu.. Nie tengah ader kesempatan.. bleh la nak menaip n story-story about our percutian yang lepas. Hehe.. Mana tau pengalaman yang aku lalui nie.. leh jadi panduan sape2 yang nak gi melancong kat Beijing nanti kan..

Okey al-kisah bermula.... Kami buat keputsan nak pi Beijing ni sebulan seblm pegi.. Memandang ader tempat kosong lagi so kitrg pi jelah.. Org lain decide setahun sblm lagi.. Dalam mase sebulan tu laa nak wat passport n isi borg kebenaran nak keluar negara (borang ni utk penjawat awam mcm aku perlu isi).

Alhamdulillah sumer settle..  Kami pegi ni ikut rombongan, guna travel agensi rm2300 per/pax.. Tak tau ok ke tak.. Kami pun first time nak keluar negara nih.. hehe.. Kami punyer pakej ni 6 hari 4 malam.. Kami menggunakan khidmat Air Asia..Kami bertolak pada pukul 645 ptg. Perjalanan memakan masa hampir 6 jam dari LCCT ke Lapangan terbang Tianjin . Kami tiba lebih kurang pada pukul 1 pagi. Alhamdulillah daa sampai CHINA... waaa sangat teruja.. Our tourist guide pun daa tunggu.. then die pun suh naik bas.. our tourist guide tu nama die Lina.. Die pandai cakap melayu indonesia tau.. So senang la kite nak berkomunikasi kan.. hehe..Mule2 die mengucapkan selamat datang kpd kami dan memberi penerangan serba sedikit ttg perjalanan dan aktiviti kami di sana... Bas terus menuju ke hotel penginapan.. sampai2 da pukul 230 pagi lebey kurang... waa sgt letih actually.. dalam kapal terbg x dapat nak tido sangat.. almaklum laa first time naik, raser teruja n takot pun ader.. haha.. memandangkan subuh kat china ni awal kul  315 da subuh.. kami tunggu subuh then baru tido..

Terbangun kul 600 pagi.. tgk luar tingkap.. haaa? daa cerahh macam pukul 800 pagi kat malaysia.. Memandangkan trip kami bermula pada kul 1000 pagi.. aku pun sambung tido.. haaha.. bangun kul 800 pagi.. siap2 amik breakfast kat reception je..


our daily breakfast- roti, biskut,susu,telur,jeli

Lepas breakfast kami tunggu kat luar hotel sambil menikmati pemandangan dan suasana jalan raya di negara orang ni.. Tengok sistem jalan raya die macam pelik sikit.. Situasi di traffic light.. Lampu isyarat macam biasa merah, hijau dan kuning.. tapi die xder lampu hijau ke kanan atau kekiri.. kalau di simpang empat tu.. bile lampu hijau bertukar.. dua2 arah kenderaan  akan bergerak.. sape2 yang nak masuk simpang tu pandai2 la nak menyelit ikot mana... bunyi hon tu jgn ckp.. asik bunyik2 jer..


situasi di simpang empat yang ader traffic light yang sememangnya berfungsi..  pandai2 laa nyelit..

Okey bas kitorang pun sampai kat hotel.. Lina cakap.. kita makan tengahari dulu, isi perut penuh2.. kite nak jalan banyak arini.. hehe
antara menu makan tengahari kami.. ni belum penuh meja lagi..

Untuk restoran ni.. Alhamdulillah kenyang makan.. kat sini minum air teh jasmine panas tanpa gula.. budaya orang sana minum teh tanpa gula.. kalu kite kalu xmanis xsah laaa...

Okey tempat pertama yang kami lawati ialah Forbidden City atau Kota Larangan... Nie serba sedikit info dr encik wikipedia:
 Kota Larangan merupakan istana rasmi bagi maharaja China yang mula digunakan semasa Dinasti Ming sehingga akhir Dinasti Qing. Ia terletak ditengah-tengah kota BeijingChina, yang kini menempatkan Muzium Istana. Istana ini telah digunakan sebagai kediaman bagi maharaja dan keluarganya, selain menjadi pusat istiadat dan politik kerajaan China selama hampir 500 ratus tahun.

forbidden city


Keluasan forbidden city ni sangattttt lah luas.. Banyak bangunan dan banyak bilik... Silap-silap boleh sesat tau.. Kami melawat forbidden city tu dengan berjalan kaki selama tiga jam lebey kurang.. Ramai pelancong2 dari serata negara kami jumpa.. masing2 ikut tourist guide yang bawak bendera kecil yang diangkat tinggi...
forbidden city

forbidden city

hehe.. perjalanan memenatkan kaki kami hhuhu.. Lepas melawat forbidden city.. kami bersolat di salah sebuah masjid di sana .. xpasti nama masjid tu ape.. masa nak amik wudhuk tu ade dua paip, 1 paip panas sgtt.. 1 paip air sejuk sgt... So amik yang sejuk tu laa gigil2 hehe..

After solat kami melawat ke Summer Palace pulak atau Istana Musim Panas... Kawasan ni pun luas jugak... Ia merupakan tasik buatan yang terdapat ditengah2nya pulau kecil yang menempatkan istana untuk maharaja berehat pada musim panas.. Kami diberi pilihan oleh Lina.. sama ada kami ingin berjalan kaki atau menaiki perahu.. Kami bersetuju nak naik perahu jer.. memandangkan da penat berjalan kat forbidden city tadi.. tak larat nak jalan kaki.. naik perahu tu kene bayar tambang 30 yuan bersamaan rm15.. pusing2 tasik macam naik river cruise ...

Perahu yang kami naik


dalam perahu


Summer Palace







Lepas puas berjalan di summer palace... Kami pula di bawa ke Silk Centre.. Di sana kami ditunjukkan macam mana sutera di buat.. dari proses ulat kepompong hinggalah menjadi benang.. Kami diberi peluang untuk memegang sarung kepompong tu.. lepas tu kami pulak dibawa tempat yang menjual produk2 hasil daripada sutera.. antaranya ialah cadar, comforter, kain baju dan lain-lain lagi... 


silk centre

 Lepas pergi silk centre kami di bawa ke restoran untuk makan malam... Lepas makan kami pun balik hotel untuk berehat..  Sambung cerita for d next  part plak... Jumpe lagi.. Daaa..

No comments:

Post a Comment