Tuesday 9 October 2012

Cerita rayer yg da lama

Lame sgt2 xupdate blog.. huhu.. xtau nak menulis ape kot.. ke tak de mase? kering idea.. ecehh.. nak tampal  gambar2 raye utk 2012.. Rayer pertama sbg isteri.. hehe..

rayer di selangor

rayer di melaka



Thursday 19 July 2012

Bulan Ramadhan

Assalamualaikum...
Alhamdulillah dapat bertemu lagi dengan bulan ramadhan kali ini, mudah2an tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya... Marilah sama2 kita menambah amal ibadah kita. Lagi2 bulan yang penuh barakah ini... Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada seluruh umah Islam...


Saturday 7 July 2012

Tempat Baru

Assalamualaikum...
 Setelah permohonan pertukaran sekolah aku diluluskan, kini aku telah berhijrah tempat berkhidmat... Di mana? Di salah sebuah sekolah cina di Sungai Rambai Melaka... Kini telah sebulan aku berkhidmat di sekolah tersebut. Sekolah tersebut mempunyai lebih kurang 188 orang murid dan 17 orang guru. Murid Islam pula seramai 33 orang sahaja. Secara keseluruhan sekolah ni okey.. Semua guru dan murid memberi kerjasama yang baik. :)

Walaupun da btukar ke sini.. Kenangan di sekolah lama tidak dapat aku lupakan. Di sana aku mula ditempatkan sehingga 2 tahun setengah. Terima kasih kepada semua guru-guru SKPA2 yang telah byk memberi kerjasama dan tunjuk ajar. InsyaAllah jumpa lagi :)

Thursday 21 June 2012

Tahniah Puan Mardhiyah n Encik Fadhli

Actually, bercuti ke terengganu bkn hanya nak bjalan-jalan saje... ader misi sebenarnya.. hehe untuk menghadiri Majlis Kesyukuran sempena pernikahan my lovely friend Siti Mardhiyah.. Beliau merupakan kawan, sekuliah, sebilik dgn ku mase di Institut Perguruan Darul Aman n IPG Kampus Pend Islam.

Tahniah my friend.. Moga berbahagia hingga akhir hayat.. :)


Cuti-cuti PUlau Perhentian

Assalamualaikum....
Dah lama sangat tidak mengupdate blog ku nie.. Actually nak tulis pasal percutian kami ke Terengganu... Cuti2 @ honeymoon ngehhh2.. Kami telah memilih Pulau Perhentian destinasi kami.KAmi bercuti ni gune travel agensi.. Senang kot, nak gamble jer... takut xder tempat plak nanti.. Siap pakej 3 hari 2 malam termasuk bot pergi balik RM521... Actually, kami merancang untuk ke Pulau Redang, memandangkan kami lambat deal  ngan travel agensi tu so pakej ke Pulau Redang abis... Tapi percutian kat pulau perhentian nie tidak mengecewakan. Sangat bestttt.

Kami bertolak dari johor mase tu, setelah pulang dari menghadiri kenduri kahwin rakan kepada kakak ipar, lebey kurang pkul 3 ptg. Kami menempuh perjalanan malam dengan berpandukan encik GPS, pada mulanya ingatkan akan melalui jalan pantai.. blehlaa nk tgk laut n melalui Paka kawasan tempat gas tu, tapi encik GPS   bawak kami lalu jalan Jabor-Jerangau... Ia merupakan kawasan felda.. Tempat yang dituju ialah Jeti Kuala Besut, kami sampai di besut sebelum subuh. Siap mandi dan berehat sebentar.... Then dalam pkul 7 pagi da gerak ke Jeti, kami bersarapan mengisi perut.. Kami punya bot dijadual kan pada pukul 11 pagi.. Selepas sarapan kami hanya menunggu... Penantian itu memang satu penyeksaan. Membosankan pun ada.. huhu.. Lepastu.. en suami pi kat booth travel agensi kami tu, then kitrg naik bot kul 930 pagi..

First time naik speed bot, sblm memulakan perjalanan, kami perlu memakai safety jaket. Bila jer speed bot tu mula bergerak, aku bace doa byk2.. Takut wehhh.. meredah lautan naik speed bot tu..Laju org tu bawak.. dalam pikiran aku mcm2.. mcm mana kalu bot ni terbalik ke.. huishh takutt.. berzikir byk2 sbb takut pada mase tu.. huhu..



Dalam setengah jam kot sampai laa kat Pulau Perhentian , Waaaaa...Cantik nyer.... Subhanallah!!!
Air kat situ biru and sangat2 jernih.. Teruja sangat... Sampai situ, da ada org tunggu untuk angkut beg utk ke reception.. Sampai situ xleh nak check in lagi.. coz check in kul 2.00... Tunggu lagi... Mase kami banyak untuk menunggu jer.. huhu.. Die kate leh amik tiket utk makan kul 1230 nanti.. Then kami duk tepi laut jer sementara menunggu tu..







Before check in kami makan.. Lepas makan baru check in masuk bilik bersiap-siap untuk snokeling kul 200ptg.. Actually dalam pakej ni die sekali dengan snokelling 2 kali. Untuk first snokeling kami pergi tiga tempat, salah satunya taman laut, kat situ byk sgt batu karang yg memang dijaga... Org kate leh jumpe ikan nemo kat situ.. tapi aku xde rezeki nk nampak ikan tu... huhu.. Then kat situ, nk snokeling pun da letih.. da tempat ketiga.. aku berenang ke tengah.. tapi makin ke tepi pantai.. huhu.. bot kitrg kat tengah ok.. actlly x pandai berenang  pun.. huhu.. kesian kat encik suami kene pimpin isteri die yg xreti berenang ke tengah smpai kramp kaki.. huhu..

Balik rehat2... esok sedia untuk second snokeling plak pkul 1000 pagi.. Kami melawat tiga tempat juga.. Salah satu nya "shark point" .. Haaaa? Ade ikang jerung wehh? Mase kat point tu aku snokeling kejap , takut.. nnti jumpe bapak jerung ke.. xpasal2 kene ngappp.. lagipun ombak agak kuat jugak ketika itu..  nanti ombak tu bawak kite kat mana ntah haa.. Last sekali kat point "turtle watching" , kebetulan bot kami sampai tu.. ada penyu lalu.. peserta yg lain x sabar tu ada yg terjun gi kejar penyu tu.. tapi kami dinasihatkan untuk tidak menyentuh penyu tu.. ikut xper.. Abis da snokeling.. Balik2 mkn tengahari.. then rehat jap..Siap-siap utk wat photoshoot hehe.. Panas gk, time tengahari dlm kul 300 kot.. layan..









Petang nya tu kami gi mandi laut n snokeling kat area2 pantai jer.. situ pun da byk ikan tau kita bleh tengok.. Siap die gigit2 kaki kita lagi huhu.. Berkesempatan gak tgk ikan pari.. tapi xleh dekat2 bahaya katenya.. Da berendam dalam laut.. raser xnak naik.. haha..





Hari ketiga, pagi2 sarapan dulu.. then kami sambung lagi mandi laut n snokeling before balik.. Haha mandi puas2 okey!! hehe.. dalam pkul 1000 gitu siap2 nak balik pulak.. kami nyer boat kul 1200
Bye-bye Pulau Perhentian....





Saturday 31 March 2012

My Adik Convocation Day

assalamualaikum...
Cuti sekolah menjelma kembali, dari 9 mac hingga 18 mac. Cuti seminggu sempena cuti setengah penggal pertama... Pada 13 mac yang lalu kami sekeluarga telah pergi ke PICC untuk meraikan adik ku Izzudin Akmal sempena Majlis Konvokesyen nya. Setelah 5 tahun setengah berusaha akhirnya dapat juga segulung ijazah. Yeay!! OPss Alhamdulillah... Tahniah yer buat adik ku itu, selamat berkhidmat sebagai seorang guru di petaling jaya,

my family

tahniah!!!

with mum n dad




Tuesday 7 February 2012

2012

assalamualaikum...
sudah lama aku xmelayan blog rupe2 nyer.. da bersawang-sawang.. da masuk tahun baru pun 2012.. Ini pun da bulan februari...

Untuk tahun 2012 ni banyak benda da berubah dari segi status dan juga kerjaya.
Dari segi status telah bertukar...... dari single---------> married (hehe), walaupun da bkahwin tapi lum dapat duk sekali ngan husband becoz x dapat lagi tukar.. huhu sedey2.. semoga dpermudahkan segala urusan nanti.. amin... :)
layan gambar jap :)
time nikah, :)

hari kenduri :)


majlis @belah lelaki


Dari segi kerjaya.. aku diamanahkan untuk menjadi guru kelas tahun 1, satu pengalaman baru bagi aku, ini merupakan kali pertama aku memegang kelas setelah hampir tiga tahun aku bkhidmat. Buat mase ini xbyk masalah untuk aku menjaga anak-anak seramai 35 org yang terdiri daripada 17 lelaki dan 18 perempuan. jgn nakal2 yaa wahai anak-anakku.

Semoga tahun 2012 ini lebih baik dari sebelumnya, mudah-mudahan aku menjadi seorang hamba yang solehah disisi Allah, serta menjadi anak, isteri yang baik untuk ibubapaku dan suamiku, juga menjadi guru yg dedikasi dan sabar dlm mendidik anak bangsaku.... Amin... :)