Friday 28 June 2013

Beijing, China Part 3

assalamualaikum.. jumpa lagi untuk beijing part 3...Okey hari ni kami melawat Pearl Centre bertempat di Stadiun of National Olympic Sport Centre. Di situ kami berpeluang tgk mutiara asli dari tiramnya.. Antara hasil2 mutira kat situ.. Serbuk mutiara digunakan untuk tujuan kecantikan wajah dan kulit, selain tu rantai, gelang, cincin dan kerongsang.
Mari2 pilih2...

Pearl Asli...

tempat nak pi perl center
Selepas tu kami dibawa ke tempat Perubatan Tradisional. Disitu kami diberi peluang untuk rendam kaki dalam air panas yang ada seuncang herba untuk proses nyahtoksin katenyer... Lepas tu ade urutan kaki.. Tukang urut kat situ muda2 lagi.. Mcm bdk sek menengah.. Kebiasaannya kat situ kate nyer yang lelaki akan urut perempuan dan perempuan akan urut kaki.. Aku bekeras nak perempuan jugak tukang urut kaki aku.. Lepastu semasa kene urut tu adalah tabib n juru bahasa pegi dari seorang ke seorang... Die terangkan kite ade sakit ape.. die tgk tangan jer... pastu die akan rekemen ubat yang dijual kat situ ( part ni nasib aku x kene) hehe.. ubat kat situ bukan murah2 tau mahal okey.. die akan pujuk dan pujuk dan pujuk org tu supaya beli ubat2 tu.. 
depan pusat perubatan tradisional

rendam kaki kasi kuar toksin
Selepas tu pula kami dibawa makan tengahari lepas makan tengahari kami solat di masjid hijau ni
Salah subuah masjid di China
Selepas tu kami di bawa ke kedai kain sutera dan kedai yang menjual barang2 yang dibuat daripada buluh..Buluh atau dalam bahasa inggeris Bamboo ok.. Hasil daripada bamboo tu baju, tuala, ubat gigi.. macam macam laa.. Die kate bamboo lebih menyerap daripada kapas siap wat demo lagi.. lepas tu kami dibawa ke tempat shopping lupa plak name tempat tu... Sebab ahli2 rombongan aku da xsbar2 nak shopping.. Kami diberi mase 1 jam jer... macam macam ade jual gajet2 (handset, iphone, tab..), pakaian, cenderahati dan lain2 lain .. kat tempat tu yang murah ialah lapik meja, sarung kusyen, runner meja. Lepas tu kami pi akrobatik show... haaa part ni paling best dapat tgk akrobatik show secara live maaa... Banyak persembahan yang dapat kita tgk... Antaranya lompat gelung, akrobatik motor, basikal, yoyo cina dan lain-lain.. Sangat kagum dengan kebolehan mereka... hehe
ready tu acrobatic show yeahh

inro
Lepas tgk akrobatik kami pun balikkk waaa penat nyer... ok jumpa lagi for d last part nanti daaax

Sunday 23 June 2013

Beijing, China Part 2

Assalamualaikum...
Hai sumer.. kite sambung citer untuk part 2 plak.. Hari kedua ni.. Lawatan kami bermula awal sikit dari semalam lebey kurang pukul 900 pagi..

 Tempat pertama yg kami kunjungi hari ni "Jade Factory". Di sana kami di beri penerangan macam mana jade diproses menjadi produk-produk yang tertentu seperti gelang, barang perhiasan dan sebagainya. Kami juga diberi penerangan macam mana nak bezakan jade tu palsu ke original.. Salah satu petua.. Jade yang ori bunyi die kalau diketuk menghasilkan bunyi yang  sangat nyaring, lagi satu bile jade tu dibalut dengan tisu dan dibakar.. tisu tu tak terbakar pun.. magiccc.. hehe.. sbb jade tu bersifat sejuk..
 Pada zaman dahulu wanita2 China gunakan jade untuk kecantikan wajah.. caranya, dengan mengosokkan jade tu di kawasan muka dari bawah ke atas.. Haa baru muka nampak sentiasa awet muda gitu...
Hasil barangan dari jade

Auuuummmm Jade Singa

Mari-mari adik kakak beli gelang jade

Haaa ader lagiiii

Gelang jade yang biase nampak warna hijau

Our touris guide bagi penerangan pasal jade

Jade jugak

Jade lagi
After mencuci mata di "Jade Factory" ,kami di bawa pulak Kristal factory pulakk..  Sampai2 jer.. kami masuk dalam bilik khas.. Di situ diberi penerangan pasal kristal laa.. mcm2 hasil kristal ni.. Gelang, cermin mata dan barang hiasan.. Kami kene duk kat situ selama 45 minit... pusing2 menghabiskan masa sambil cuci mata.. barang2 kat situ memang cantik2 harga pun cantikk.. Tambahan pula mmg xder niat nak beli kristal pun..hehe

big crystal


Lepas tgk kristal tu.. kami di bawa pulak ke restoran untuk makan tengahari n bersolat... Selesai makan kami dibawa ke salah satu 7 benda ajaib di dunia... Cer teka? Haaa CHINA GREAT WALL!!! Waaa Alhamdulillah sampai jugak di sana.. Serba sedikit info tentang tembok besar China by encik google:

Tembok Besar China (Cina TradisionalCina Ringkaspinyin: Chángchéng; harf. "bandar/kota panjang") atau (Cina Tradisional:Cina Ringkaspinyin: Wànlǐ Chángchéng; harf. "Tembok panjang 10,000 Li ()"[1]), merupakan satu siri kubu China silam yang dibina sekitar 200 SM dan diperkukuh antara akhir abad ke-14 sehingga permulaan abad ke-17, semasa Dinasti Ming, untuk melindungi utara China daripada serangan puak Mongol dan Turkik. Ia didahului oleh beberapa tembok dibina semenjak abad ke-3 SMterhadap perompak puak-puak nomad yang datang dari kawasan yang dikenali hari ini sebagai Mongolia dan Manchuria.
Panjang Tembok Besar China ini ialah kira-kira 6,400 km,[2] daripada Shanhaiguan sehingga ke Teluk Bohai di sebelah timur yang terletak berhampiran dengan sempadan China dan Manchuria, sehingga Lop Nur di sebelah tenggara wilayah Xinjiang. Pada 2009, satu tinjauan arkaeologi baru menggunakan teknologi termaju melaporkan yang panjang keseluruhan tembok, dengan segala cabangnya, menjangkau 8,851.8 km (5,500.3 bt).[3][4]


Great Wall

Great Wall

Great Wall

tak larat naik sampai atas huhu


Setelah puas berjalan kat Great wall, kami melawat ke "Dr Tea House" , di sana kami diperkenalkan dengan jenis2 teh antaranya teh jasmine, uolong tea, fruits tea, n lagi satu pu're tea ( teh utk kurus) kami diberi rase setiap jenis teh... dan kalu berminat boleh laa beli teh2 tersebut... set teko utk minum teh pun die ade jual..

dr tea house

Cer teka? Apakah ini... Teh yang telah dimampatkan.. mcm batu kan?

demo n ceramah teh, dapat minum free lagi..

Hehe.. okey hari kedua nyer jalan2 abis.. Sambung lagi nanti insyaAllah...






Saturday 22 June 2013

Beijing, China Part 1



Assalamualaikum...

waaa lama tul tak menulis kat sini.. huhu.. Nie tengah ader kesempatan.. bleh la nak menaip n story-story about our percutian yang lepas. Hehe.. Mana tau pengalaman yang aku lalui nie.. leh jadi panduan sape2 yang nak gi melancong kat Beijing nanti kan..

Okey al-kisah bermula.... Kami buat keputsan nak pi Beijing ni sebulan seblm pegi.. Memandang ader tempat kosong lagi so kitrg pi jelah.. Org lain decide setahun sblm lagi.. Dalam mase sebulan tu laa nak wat passport n isi borg kebenaran nak keluar negara (borang ni utk penjawat awam mcm aku perlu isi).

Alhamdulillah sumer settle..  Kami pegi ni ikut rombongan, guna travel agensi rm2300 per/pax.. Tak tau ok ke tak.. Kami pun first time nak keluar negara nih.. hehe.. Kami punyer pakej ni 6 hari 4 malam.. Kami menggunakan khidmat Air Asia..Kami bertolak pada pukul 645 ptg. Perjalanan memakan masa hampir 6 jam dari LCCT ke Lapangan terbang Tianjin . Kami tiba lebih kurang pada pukul 1 pagi. Alhamdulillah daa sampai CHINA... waaa sangat teruja.. Our tourist guide pun daa tunggu.. then die pun suh naik bas.. our tourist guide tu nama die Lina.. Die pandai cakap melayu indonesia tau.. So senang la kite nak berkomunikasi kan.. hehe..Mule2 die mengucapkan selamat datang kpd kami dan memberi penerangan serba sedikit ttg perjalanan dan aktiviti kami di sana... Bas terus menuju ke hotel penginapan.. sampai2 da pukul 230 pagi lebey kurang... waa sgt letih actually.. dalam kapal terbg x dapat nak tido sangat.. almaklum laa first time naik, raser teruja n takot pun ader.. haha.. memandangkan subuh kat china ni awal kul  315 da subuh.. kami tunggu subuh then baru tido..

Terbangun kul 600 pagi.. tgk luar tingkap.. haaa? daa cerahh macam pukul 800 pagi kat malaysia.. Memandangkan trip kami bermula pada kul 1000 pagi.. aku pun sambung tido.. haaha.. bangun kul 800 pagi.. siap2 amik breakfast kat reception je..


our daily breakfast- roti, biskut,susu,telur,jeli

Lepas breakfast kami tunggu kat luar hotel sambil menikmati pemandangan dan suasana jalan raya di negara orang ni.. Tengok sistem jalan raya die macam pelik sikit.. Situasi di traffic light.. Lampu isyarat macam biasa merah, hijau dan kuning.. tapi die xder lampu hijau ke kanan atau kekiri.. kalau di simpang empat tu.. bile lampu hijau bertukar.. dua2 arah kenderaan  akan bergerak.. sape2 yang nak masuk simpang tu pandai2 la nak menyelit ikot mana... bunyi hon tu jgn ckp.. asik bunyik2 jer..


situasi di simpang empat yang ader traffic light yang sememangnya berfungsi..  pandai2 laa nyelit..

Okey bas kitorang pun sampai kat hotel.. Lina cakap.. kita makan tengahari dulu, isi perut penuh2.. kite nak jalan banyak arini.. hehe
antara menu makan tengahari kami.. ni belum penuh meja lagi..

Untuk restoran ni.. Alhamdulillah kenyang makan.. kat sini minum air teh jasmine panas tanpa gula.. budaya orang sana minum teh tanpa gula.. kalu kite kalu xmanis xsah laaa...

Okey tempat pertama yang kami lawati ialah Forbidden City atau Kota Larangan... Nie serba sedikit info dr encik wikipedia:
 Kota Larangan merupakan istana rasmi bagi maharaja China yang mula digunakan semasa Dinasti Ming sehingga akhir Dinasti Qing. Ia terletak ditengah-tengah kota BeijingChina, yang kini menempatkan Muzium Istana. Istana ini telah digunakan sebagai kediaman bagi maharaja dan keluarganya, selain menjadi pusat istiadat dan politik kerajaan China selama hampir 500 ratus tahun.

forbidden city


Keluasan forbidden city ni sangattttt lah luas.. Banyak bangunan dan banyak bilik... Silap-silap boleh sesat tau.. Kami melawat forbidden city tu dengan berjalan kaki selama tiga jam lebey kurang.. Ramai pelancong2 dari serata negara kami jumpa.. masing2 ikut tourist guide yang bawak bendera kecil yang diangkat tinggi...
forbidden city

forbidden city

hehe.. perjalanan memenatkan kaki kami hhuhu.. Lepas melawat forbidden city.. kami bersolat di salah sebuah masjid di sana .. xpasti nama masjid tu ape.. masa nak amik wudhuk tu ade dua paip, 1 paip panas sgtt.. 1 paip air sejuk sgt... So amik yang sejuk tu laa gigil2 hehe..

After solat kami melawat ke Summer Palace pulak atau Istana Musim Panas... Kawasan ni pun luas jugak... Ia merupakan tasik buatan yang terdapat ditengah2nya pulau kecil yang menempatkan istana untuk maharaja berehat pada musim panas.. Kami diberi pilihan oleh Lina.. sama ada kami ingin berjalan kaki atau menaiki perahu.. Kami bersetuju nak naik perahu jer.. memandangkan da penat berjalan kat forbidden city tadi.. tak larat nak jalan kaki.. naik perahu tu kene bayar tambang 30 yuan bersamaan rm15.. pusing2 tasik macam naik river cruise ...

Perahu yang kami naik


dalam perahu


Summer Palace







Lepas puas berjalan di summer palace... Kami pula di bawa ke Silk Centre.. Di sana kami ditunjukkan macam mana sutera di buat.. dari proses ulat kepompong hinggalah menjadi benang.. Kami diberi peluang untuk memegang sarung kepompong tu.. lepas tu kami pulak dibawa tempat yang menjual produk2 hasil daripada sutera.. antaranya ialah cadar, comforter, kain baju dan lain-lain lagi... 


silk centre

 Lepas pergi silk centre kami di bawa ke restoran untuk makan malam... Lepas makan kami pun balik hotel untuk berehat..  Sambung cerita for d next  part plak... Jumpe lagi.. Daaa..

Tuesday 9 October 2012

Cerita rayer yg da lama

Lame sgt2 xupdate blog.. huhu.. xtau nak menulis ape kot.. ke tak de mase? kering idea.. ecehh.. nak tampal  gambar2 raye utk 2012.. Rayer pertama sbg isteri.. hehe..

rayer di selangor

rayer di melaka



Thursday 19 July 2012

Bulan Ramadhan

Assalamualaikum...
Alhamdulillah dapat bertemu lagi dengan bulan ramadhan kali ini, mudah2an tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya... Marilah sama2 kita menambah amal ibadah kita. Lagi2 bulan yang penuh barakah ini... Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada seluruh umah Islam...


Saturday 7 July 2012

Tempat Baru

Assalamualaikum...
 Setelah permohonan pertukaran sekolah aku diluluskan, kini aku telah berhijrah tempat berkhidmat... Di mana? Di salah sebuah sekolah cina di Sungai Rambai Melaka... Kini telah sebulan aku berkhidmat di sekolah tersebut. Sekolah tersebut mempunyai lebih kurang 188 orang murid dan 17 orang guru. Murid Islam pula seramai 33 orang sahaja. Secara keseluruhan sekolah ni okey.. Semua guru dan murid memberi kerjasama yang baik. :)

Walaupun da btukar ke sini.. Kenangan di sekolah lama tidak dapat aku lupakan. Di sana aku mula ditempatkan sehingga 2 tahun setengah. Terima kasih kepada semua guru-guru SKPA2 yang telah byk memberi kerjasama dan tunjuk ajar. InsyaAllah jumpa lagi :)